Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga...

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

12 comments:

miszen said...

kalo anak tunggal?

naieela said...

--->hahahha...a'ah kan..kalo anak tunggal cane?? lawak!

ar3de said...

klu anak tunggal dialah avatar the last girlbender..blh mengawal semua 4 unsur tu hahaha

ema geli~geli said...

saya nk maklumkan yg saya dah copy maklumat ni dalam blog saya. terima kasih..

salwaismail said...

setuju dengan ar3de
haha
:DD
aku ke-6!

bp said...

Watching online movie free  hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet , al jazeerz,patagon channel ,axn channel,max hd,bloomberg tv,tvu music,hbo plus,cartoon network,nicktoon,nickoledoan discovery channel and more channel free CLICK >> LINK WATCHING
NAK DENGAR RADIO,ada thr,manisfm,erafm,hotfm,sinarfm,hotfm,klfm,muzikfm dan palbagai lagi  MALAYSIA ONLINE FULL LIST RADIO VISIT LINK >>> TO LISTEN
TO WATCHING TV3,TV2,TV1,TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU TV CLICK CLICK >>LINK TO WATCHING
Listen Indonesia radio online CLICK >> LISTEN

cik arina razali said...

kalo anak kembar mcm mne pulak? sy lahir dlu kemudian kembar sy. tetapi orang2 kat sini cakap yg lahir dlu tu adik. jadi kalau ikutkan dalam family saya anak ke4. kalau ikut masa lahir saya anak ke3. kompius jugak neh ^^

safik said...

Cik arina-sya.pun kembar..menurut islam,yg mana lahir dlu mmng adik,yg kuar last tu lah abng atau aokak...tu menurut islam...

kyRa said...

haah..tiap2 kali baca mesti tertanya2 di mana letaknya kedudukan anak tunggal??

KhairunONLY said...

kenapa lelaki yg unsur api tak buleh cari perempuan yg unsur api jugak ?

Veronica misau said...

. contoh:saya ank pertama ayah saya dan juga anak ketiga mak saya sebab kami daripada gen bapa yang berbeza Kiranya saya anak yang ketiga lah .

elantra said...

Sy terdiri dr 3 sifat tanah, air, api sebabnya
Klu ikut dr perut mak sy anak ke 6,
klu ikut benih bapak sy Ank ke6,
klu ikt sama mak+ayah sy Ank ke5
Klu ikut semua sy Ank ke7
Jadi dominan Ank ke6 lh kan?
Or macam Mana?
ciri2 unsur tanah, air Dan api
Mmg