Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.
JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.
TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.
PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.
ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.
FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.
PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.
Rahsia Gaya Tidur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment