Rahsia Citarasa Pemilik Kereta

Jika dulu, kereta adalah lambang kemegahan dan kemewahan kerana jarang orang yang mampu memilikinya. Tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan kepentingan kereta bagi kita. Selain sebagai kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk "mekap" kereta mereka! Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang "gila"kan kereta bahkan ramai awek yang "kaki kereta". Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya! Cayalah!

Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta untuk dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.


Warna perak/silver

Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak "mahal" dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna hitam

Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personaliti pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai! Jangan sampai diperguna pulak!!!

Warna merah

Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika "menjalar" di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin "satu badan" melanda!

Warna biru

Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan... . kalau marah-marahpun, keadaan itu tak kan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya!

Warna hijau

Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya... .

Warna kuning

Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai dengan si pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya sesekali mereka pula yang mulakan ek? Tak rugi apa pun...

Warna putih

Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna putih biarpun ramai orang yang tak begitu gemarkan warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya! Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara!

Jenis kereta

Dalam memilik jenis kenderaan, masing-masing juga punya "taste" tersendiri. Ada yang nakkan kereta mereka lebih sporty. Misalnya kereta yang bahagian belakangnya pendek. Kononnya kereta ini nampak lebih ranggi! Tidak kurang juga yang lebih cenderung pada jenis klasik yang lebih nampakkan kematangan pemiliknya serta mewah!

"Sporty"

Kereta jenis ini menampilkan pemiliknya seorang yang lasak, bergaya dan berjiwa muda. Sebab itulah selalunya remaja yang menggemari kereta ini. Mereka juga seorang yang "out going" dan mudah menjalinkan hubungan dengan sesiapa saja. Jadi tak hairanlah jika mereka ini ramai kawan! Kelemahan mereka, agak kurang berhati hati dan mudah bertindak melulu. Lepas sesuatu masalah muncul barulah mereka menyesal. Tak ada gunanya beb!

Klasik

Mereka ini lebih matang dalam hidup. Sudah habis zaman mereka berfoya-foya tak tentu hala. Mereka lebih serius dalam mengatur karier hidup agar kehidupan mereka lebih terjamin di kemudian hari nanti. Selain itu, mereka juga cukup sabar dan berhati hati dalam setiap tindakan.

2 comments:

Anonymous said...

mintak izin share ye. =)

Admin said...

jom tengok movie free  hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet , discovery channel and more channel free CLICK TO WATCHING
NAK DENGAR RADIO  MALAYSIA ONLINE FULL LIST RADIO VISIT LINK TO LISTEN
TO WATCHING TV3,TV2,TV1,TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU TV CLICK LINK TO WATCHING