Daddy & anak

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....


























8 comments:

dukerobin said...

selalunya orang dewasa akan memikirkan sesuatu perkara itu terlalu rumit....hehehe

Admin said...

salam.. apa khabar?
terima kasih kerana terus meletakkan link saya www.faquhar.com di blog anda
untuk pengetahuan blog saya itu telah di tahan oleh pihak google dan saya tidak boleh login kedalam akaun blog saya, termasuk bleachanime.blogspot saya tu.. oleh yang demikian saya telah membuat website baru menggunakan domain saya yang baru di update www.faquhar.com dan sekarang ni saya telah meletakkan url blog anda di hadapan website saya..

anda juga boleh memasukkan link anda kedalam http://www.faquhar.com/links untuk directory.

kalau boleh anda pun promotekanla directory saya ni.. letakkan je link diatas tu dan keyword seperti blog directory ke malaysia directory ke..

terima kasih..

salam

kuha

Unknown said...

haha..lucu laa..biasanya laki s la yg akan bfikiran bgitu..haha anywy mmg funny

Advertise here for free said...

tak dijangka betul outcome dia tu..memang kelakau..

Admin said...

jom tengok movie free  hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet , discovery channel and more channel free CLICK TO WATCHING
NAK DENGAR RADIO  MALAYSIA ONLINE FULL LIST RADIO VISIT LINK TO LISTEN
TO WATCHING TV3,TV2,TV1,TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU TV abd more channel tv free from malaysaia CLICK LINK TO WATCHING

kabaputen said...

mana ada muka dpn buku latihan tanya jantina dek oi.....bongok

Unknown said...

APTB... len kali bace kamus ye daddy...

Unknown said...

hahahahaha......kelakarnye citer ni
ngokngek
terbaikkk