"JODOH" Renungkanlah sedalam-dalamnya

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

19 comments:

SHIMI said...

Indah sungguh renungan ini. Izinkan aku untuk tumpang menitipkan kata kata mu di blog aku

Love eXan said...

:).. berfikir panjang lepas baca post ni.. bagusla post ni..

lela a.k.a eLL said...

hmmm..apa yg dikatakan mmg btul,satu perkahwinan diibarat perjudian,untung nasib baik...baik la...tp untung nasib kurang.merana la.......

Reen@Pari Pari said...

termenung sejenak...

jue said...

itulah prcaturan sebuah perkahwinan..kadangkala panas yg diharapkan hingga ke petang tp hujan di tengah hari.....

mindaku said...

Kahwin adalah untuk saling lengkap-melengkapi. Perlu ada perbezaan antara suami-isteri, barulah datang persefahaman dan pengorbanan. Pengorbanan dlm perkahwinan amat perlu walaupun terpaksa membohongi dirinya sendiri demi kebahagiaan pasangannya.

cikgu fadz said...

betul tu shimi:indah betul renungan ini...semoga dapat menenangkan jiwa yg menanti jodoh..banyak hikmah disebaliknya...amin

A I E N S Y A H N A N said...

nak share... :)

misspelangi81 said...

Hidup ini sentiasa ada ujian..

semanis bicaraku said...

minta shre >>>>time ksih yea..^_^

eidy said...

minta kata2?x??? sungguh mnyentuh

bp said...

Watching hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet , discovery channel and more channel free CLICK TO WATCHING
TO LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE FULL LIST RADIO VISIT LINK TO LISTEN
TO WTACHING TV3,TV2,TV1,TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU TV CLICK LINK TO WATCHING

n.a.s.u.h.a said...

mohon share..

ai mei li said...

betul tu..alhamdullilah..post nie berjaya mentarbiah diri..xsalah jdh lmbt asalkan kite berjaya dalam hidup..

yaniemarlyna said...

izinkan saya share...

dino cute said...

termenung sekejap..hmm.

eyqa ke ai said...

mohon share yer.. =)

doni seo said...

Infonya sangat bagus, sekarang saya mau lanjut baca artikel dari ente gan yang gak kalah menariknya,mengenai :

obat herbal

pemutih badan

obat asam urat

obat pelangsing

obat hernia

obat diabetes

nurfi chin said...

mohon share kata2 akhir :)