Rahsia Diri Melalui Darah

SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…

SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…

SI DIA BERDARAH “O”…
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…

SI DIA BERDARAH “AB”…
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…



ANDA BERDARAH “A”…
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…? 

ANDA BERDARAH “AB”…
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…

13 comments:

Love eXan said...

betul kut.. aku darah B mcm nak serupa je

eRn!e d!aNa said...

nang betul...aku darah A..4 tahun jadi isteri n mak orang,byk tekanan dlm hidup..dah la dapat suami yang tak memahami... (-.-)

zila said...

hem...teks rahsia yang best

hazel adriana said...

huuhu.. sebab tu kot org takut nak dekat ak...
aku darah AB

♥sophie♥ said...

ouh yeah ! B mmg tak suke duk umah ! sye la tu ! hee

Dol said...

wah sedihnya tentang darah B tu, tapi tak semestinya betol, banyak yan tak betol tu. huhu.

Unknown said...

Aku darah A! betul lah.. tapi aku xkawin lagi, xtau lah aku akan jaga isteri n anak2 aku dengan baik atau tidak nnti.. doakan aku ok ha...

khairul said...

aku darah o....mcm btul je pe dia gtau.

Prihatin said...

Yang baik2 tu semua betul mengenai yang berdarah AB..hehehe...
Alamak.. banyak jugak yea keburukannya.
Yang penting sentiasa memperbaiki kelemahan diri
Nice info..
http://azlinahamdanstory.blogspot.com

Unknown said...

AKULAH O+..!

Unknown said...

O laa kita .. bersyukur dgn kurniaan Allah .. hehe

adda said...

aku juga AB ^_^ "cool"

Unknown said...

Ptot la org takot nk dekat..darah AB