10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Dipetik dari
Soleh.net

4 comments:

Wiguan said...

Hmm...
Nampaknya saya sudah pun memenuhi kesemua sepuluh sifat-sifat berkenaan. Tapi saya juga yang paling mengenali diri saya, dan saya katakan saya tidak layak dikatakan lelaki yang baik dengan hanya memenuhi sifat-sifat tersebut. Bak kata pepatah "Sedalam-dalam lautan dapat disukat, sedalam-dalam hati manusia, siapa yang tahu."

Salam.

tyra alfeen said...

seius aku da jumpe org mcm tuh . semua yg tersenarai tuh ade kat diri org yg aku ckp neyh . die tuh abg angkat aku . bkn nk puji die .tp mmg betol . mak aku pon terpikat hinnge nak jdk kan menantu . wah . aku baru 17 taun n die xkan minat aku kan .? sape lah diri aku berbanding die . hehe

hamba biasa said...

mmm,,,banyak lg y kena baiki dlm diri ne.tp,sesetengah ciri 2 dah ada...alhamdulillah.

hamba biasa said...

dkna bnyak baiki lg.........tp,sesetengah ciri 2 dah ada.alhamdulillah.......